
KUALA LUMPUR, 11 September 2025 – Malaysia Sarong Music Run (MSMR) Sempena Hari Malaysia 2025 bakal berlangsung pada 20 September 2025 di hadapan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, dengan jangkaan menarik lebih 30,000 pengunjung termasuk peserta, pelancong asing, penonton dan peminat festival budaya.
Acara ikonik ini mencatat sejarah apabila menerima penyertaan dari 26 negara, sekali gus menegaskan kedudukannya sebagai acara kebudayaan bertaraf antarabangsa.
MSMR 2025 dianjurkan oleh Malaysia Marathon Official Sdn Bhd dan dipacukan oleh JETOUR Malaysia sebagai Penaja Utama dan Rakan Kereta Rasmi. Acara ini dijangka menghimpunkan lebih 15,000 peserta larian, selain ribuan pengunjung yang hadir menyaksikan konsert, persembahan kebudayaan, menikmati makanan tradisional dan menyemarakkan sambutan Hari Malaysia.
Presiden Malaysia Marathon Official Sdn Bhd, Eddy Casmady, berkata MSMR menggabungkan elemen larian, budaya dan gaya hidup sihat.
“MSMR bukan sekadar larian. Peserta akan berlari sejauh 5KM sambil memakai sarong, menikmati makanan tradisional Malaysia di sepanjang laluan dan menghayati persembahan muzik tradisional tempatan. Dengan kehadiran peserta dari 26 negara dan lebih 30,000 pengunjung, MSMR akan menjadi festival rakyat yang mencerminkan keindahan budaya Malaysia di mata dunia,” katanya.
MSMR Sempena Hari Malaysia 2025 menampilkan tiga acara utama:
- EKI JETOUR X BSC Relay (9 Sept) – perlumbaan berganti menggunakan sarong sebagai selempang
- 5KM Malaysia Speed (20 Sept) – terbuka khas untuk rakyat Malaysia
- 5KM Fun Run (20 Sept) – terbuka untuk semua termasuk pelancong antarabangsa
Selain itu, acara turut menampilkan konsert bermula jam 6.30 petang, menjadikan MSMR lebih daripada sekadar acara sukan, sebaliknya sebuah festival budaya, makanan, muzik dan gaya hidup sihat yang inklusif.
Sementara itu, JETOUR Malaysia sebagai Penaja Utama dan Rakan Kereta Rasmi MSMR 2025 turut memperkenalkan Promosi September Istimewa bersempena sambutan Hari Malaysia. Tawaran termasuk kad petrol bernilai RM2,000, perlindungan insurans komprehensif percuma selama setahun untuk 916 pelanggan terawal, serta rebat eksklusif 3% untuk penjawat awam bagi model terpilih.
Dengan penekanan terhadap kualiti, inovasi dan praktikal, JETOUR komited menyokong acara nasional yang mengangkat budaya, kesejahteraan serta semangat komuniti, sambil memperkayakan pengalaman pemanduan rakyat Malaysia.






The post Peserta dari 26 Negara Sertai Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025, JETOUR Penaja Utama & Rakan Kereta Rasmi appeared first on TW Media.





