Pesta Kanowit Cerminan Perpaduan, Asas Pembinaan Negara Bangsa – Aaron Ago Dagang

LocalPolitics
2 Nov 2025 • 7:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pesta Kanowit 2025 menjadi simbol penyatuan masyarakat berbilang kaum sekali gus mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi asas pembinaan Negara Bangsa.

Menteri Perpaduan Negara, Dato’ Sri Aaron Ago Dagang, berkata perpaduan bukan sekadar slogan, sebaliknya perlu diterjemahkan sebagai gaya hidup melalui rasa faham, hormat, terima dan meraikan kepelbagaian.

image is not available

image is not available

Pesta Kanowit Cerminan Perpaduan

Beliau berkata, kementeriannya akan mengangkat pembinaan Negara Bangsa sebagai aspirasi baharu dalam memupuk perpaduan rakyat ke arah negara yang harmoni dan bersatu.

“Kementerian Perpaduan Negara akan mengangkat pembinaan Negara Bangsa sebagai aspirasi baharu dalam memupuk perpaduan rakyat ke arah sebuah negara yang harmoni.
“Sekiranya semangat Negara Bangsa ini terus dipupuk di setiap daerah termasuk di Kanowit, maka perpaduan negara akan menjadi lebih kukuh dan bermakna,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Kanowit 2025 di Kanowit Waterfront, hari ini.

image is not available

Menurutnya, semangat perpaduan yang dizahirkan masyarakat Kanowit membuktikan keharmonian boleh dicapai apabila rakyat memilih untuk bersama tanpa prejudis dan perbezaan.

Tambah beliau, kekuatan sebenar perpaduan lahir apabila masyarakat saling memperkukuh antara satu sama lain dengan matlamat membina kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.

image is not available

“Kita akan lahirkan generasi rakyat Malaysia yang bukan sahaja berbangga dengan identiti etnik masing-masing, tetapi juga berbangga menjadi sebahagian daripada Malaysia.
“Inilah visi besar yang ingin kita gerakkan dari Kanowit ke seluruh Malaysia membina Negara Bangsa yang bersatu, berdaulat dan sejahtera,”ujar beliau.

image is not available

Pesta Kanowit yang berlangsung sejak 18 Oktober lalu turut menampilkan pelbagai acara menarik seperti Kanowit RC Boat Race Challenge, Kanowit Power Race, pameran jabatan dan agensi kerajaan, unity walk, perarakan gagong, gendang pampat serta pertandingan Ratu Pesta Kanowit.

Acara tahunan itu bukan sahaja memperkukuh semangat komuniti, malah mempromosikan Daerah Kanowit sebagai destinasi pelancongan luar bandar di Sarawak dengan slogan “Where Memories Are Made.”