Petak Permulaan Perlumbaan 1 Lotus Cup China & Sepang 1000KM Diumumkan: Aksi Dijangka Sengit Di Litar Sepang

SportsCars
29 Nov 2025 • 3:26 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Senarai petak permulaan untuk Perlumbaan 1 Lotus Cup China dan Sepang 1000KM (S1K) telah diumumkan hari ini, dengan para pelumba berdepan cabaran keadaan litar yang berubah-ubah sepanjang sesi kelayakan.

Sesi kelayakan berlangsung dalam keadaan bercampur (mix condition), di mana sebahagian pusingan mendapat hujan manakala bahagian lain kering. Perubahan cengkaman yang ketara ini memaksa pasukan melakukan pelarasan pantas terhadap tayar dan setup kereta, di samping mencuba mendapatkan masa terbaik ketika keadaan litar berubah setiap minit.

Pelumba Malaysia #001 Leona Chin akan memulakan Perlumbaan 1 Lotus Cup China dari petak ketujuh, selepas mencatat masa 2:44.574 dalam sesi kelayakan yang tidak konsisten dari segi cuaca.

Beliau ketinggalan +5.591 saat di belakang pendahulu #610 Roy Tang, yang mencatat masa terpantas 2:38.983 ketika keadaan litar berada pada tahap terbaik.

Keadaan litar basah separa kering ini dijangka memberikan kelebihan kepada pelumba yang berpengalaman mengurus cengkaman rendah sesuatu yang sering dimanfaatkan oleh Leona dalam perlumbaan hujan.

Untuk Sepang 1000KM, barisan permulaan hari ini disusun mengikut kelas:
MTC, MT2-G, MT2-V dan VIOS.

Dengan litar yang turut melalui mix condition semasa kelayakan, masa pusingan antara kategori banyak dipengaruhi keadaan trek ketika mereka keluar membuat percubaan. Perubahan cuaca yang tidak menentu ini dijangka terus memainkan peranan besar sepanjang perlumbaan ketahanan 1000km, terutama dalam perancangan pit stop dan pilihan tayar.

The post Petak Permulaan Perlumbaan 1 Lotus Cup China & Sepang 1000KM Diumumkan: Aksi Dijangka Sengit Di Litar Sepang appeared first on TW Media.