Petron Catat Untung Bersih 3 Kali Ganda Walaupun Harga Minyak Menjunam

LocalBusiness & Finance
21 Aug 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mengekalkan prestasi kewangan kukuh pada suku kedua 2025, dengan mencatat pendapatan bersih sebanyak RM41 juta, lebih tiga kali ganda berbanding RM13 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Pencapaian ini didorong oleh pengoptimuman berterusan loji Penapisan Port Dickson yang meningkatkan kadar penggunaan loji serta pengeluaran produk petroleum bernilai tinggi, sekali gus membantu mengimbangi kesan turun naik harga minyak mentah dan kos inventori sepanjang tempohtersebut.

image is not available

Disokong oleh jualan komersial yang kukuh dan operasi penapisan yang lebih efisien, jumlah jualan Petron pada suku kedua kekal stabil pada 9.0 juta tong.

image is not available

Bagi separuh pertama tahun 2025, PMRMB mencatat pendapatan RM6.9 bilion, dengan pendapatan operasi meningkat sebanyak 9% kepada RM167 juta. Melalui strategi pengurusan risiko yang berkesan, termasuk pengurangan kos pembiayaan dan pendedahan harga komoditi, syarikat berjaya mencapai keuntungan bersih RM122 juta, peningkatan sebanyak 47% berbanding tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi PMRMB, Ramon S. Ang berkata, dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, kemampuan kami untuk meningkatkan kecekapan operasi, mengurus sumber dengan baik, dan mengurangkan risiko perniagaan adalah kunci kepada prestasi kukuh ini.

"Kami komited untuk terus memperkukuh operasi, memperluaskan pasaran, serta memberikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan kami, di samping menyokong agenda kelestarian.

"Setakat ini, kami telah membuka 15 stesen minyak baharu di bawah kumpulan Petron Malaysia,” katanya.