Petronas kaji cadangan buka kampus UTP di Sarawak

1 Nov 2023 • 6:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Petronas kaji cadangan buka kampus UTP di Sarawak

zulfadli

01/11/2023 - 18:16

KUALA LUMPUR 1 Nov - Petronas akan mengkaji cadangan untuk membina sebuah kampus Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Sarawak.

Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata, pihaknya perlu mengambil kira pelbagai faktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan terbabit.

"Bagi Petronas kami perlu kaji dan ambil kira faktor tertentu sebelum menubuhkan kampus UTP di Sarawak. Cadangan ini baik tetapi ada juga implikasi yang kami perlu ambil kira," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian kampus Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bintulu yang dibangunkan oleh Petronas di Bintulu, Sarawak hari ini.

Terdahulu dalam ucapan pada majlis sama, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata Sarawak sedia menyediakan tanah yang sesuai di negeri itu sekiranya Petronas berminat membina sebuah kampus UTP di situ, lapor Bernama.

Kampus MRSM Bintulu yang membabitkan kos pembinaan RM122 juta, bakal beroperasi pada Mac 2024, sekali gus menyediakan peluang buat pelajar di Sarawak mendapatkan pendidikan berkualiti serta merangsang minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

image is not available
Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) menerima cenderamata daripada Tan Sri Mohd Bakke Salleh pada Majlis Penyerahan dan Perasmian MRSM Bintulu, Sarawak pada 1 November 2023. - Gambar Bernama

Berkeluasan 22,000 meter persegi, kampus MRSM Bintulu itu mempunyai kapasiti 450 pelajar. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved