Suami naik tangan, ugut isteri keluar tonton konsert dengan lelaki lain

30 Oct 2026 • 12:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suami naik tangan, ugut isteri keluar tonton konsert dengan lelaki lain

BATU PAHAT – Seorang pemandu lori direman selama empat hari kerana dipercayai memukul dan mengugut isterinya selepas wanita itu keluar menonton konsert bersama lelaki lain di ibu negara, Sabtu lalu.

Perintah reman ke atas suspek berusia 49 tahun itu dibenarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan dibuat isterinya yang berusia 42 tahun, kejadian berlaku pada pukul 8.30 pagi semalam selepas suaminya menuduh dia menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Suspek dipercayai menampar belakang kepala mangsa sebelum mengacu sebilah pisau dan mengeluarkan kata-kata, “Baik kau mati je lah”.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala selain calar pada hidung sebelum membuat laporan di Balai Polis Tongkang Pechah, di sini semalam.

Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di sebuah syarikat penapis air keluar menonton konsert bersama lelaki lain tanpa pengetahuan suspek.

Mangsa dikatakan turut membawa anak perempuannya untuk menemaninya sepanjang konsert tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.-KOSMO! ONLINE

The post Suami naik tangan, ugut isteri keluar tonton konsert dengan lelaki lain appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved