SPRM sedia siasat PH Negeri Sembilan

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 4:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: SPRM sedia siasat PH Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk menjalankan siasatan, sekiranya terdapat bukti berlakunya penyalahgunaan peruntukan RM180,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH), yang diluluskan sehari sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 5 Jun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, laporan berserta bukti yang menunjukkan berlaku penyalahgunaan peruntukan atau kesalahan di bawah undang-undang, boleh menjadi asas untuk SPRM menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini SPRM tidak melihat sebarang isu berhubung kelulusan peruntukan itu, memandangkan kerajaan yang sah mempunyai hak untuk memperkenalkan dasar atau meluluskan peruntukan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau kerajaan itu kerajaan yang sah, tiada masalah untuk kerajaan membuat sesuatu dasar atau peruntukan, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Abd Halim berkata keadaan berbeza bagi kerajaan sementara yang tidak sepatutnya memperkenalkan dasar baharu, sehingga boleh mengikat kerajaan yang mengambil alih selepas pilihan raya.

Pada 26 Ogos, 17 ADUN PH dan dua penyelaras DUN daripada kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini, diarahkan memulangkan peruntukan bagi Ogos dan September susulan pembubaran DUN pada 5 Jun.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, peruntukan itu diluluskan pada 3 Jun dan disalurkan ke akaun penerima pada 4 Jun, sehari sebelum DUN dibubarkan.

Beliau berkata keputusan memulangkan peruntukan berkenaan dibuat bagi memastikan penggunaan dana kerajaan negeri, mematuhi status penerima selepas pembubaran DUN serta menjaga ketelusan dan integriti kewangan.

Pejabat Menteri Besar akan mengeluarkan surat tuntutan bayaran balik dan penerima diberi tempoh 30 hari untuk memulangkan dana berkenaan. – Bernama

The post SPRM sedia siasat PH Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved