PH Sabah mahu pertahan tiga kerusi Parlimen

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 5:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PH Sabah mahu pertahan tiga kerusi Parlimen

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah akan mempertahankan tiga kerusi Parlimen di Sepanggar, Kota Kinabalu dan Sandakan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Mustapha Sakmud berkata, keputusan itu antara perkara yang dipersetujui dalam perbincangan kepimpinan PH Sabah selain meneliti beberapa kerusi Parlimen lain yang berpotensi untuk ditandingi.

Bagaimanapun, beliau berkata penelitian terhadap kerusi berkenaan akan mengambil kira hubungan kerjasama dengan rakan-rakan komponen khususnya dalam Kerajaan Negeri.

“Kerusi-kerusi yang dikenal pasti berpotensi itu akan dibawa ke meja rundingan dalam proses perbincangan dengan mana-mana pihak yang berminat menjalin kerjasama dengan PH.

“Namun keputusan asas kita ialah mempertahankan tiga kerusi yang kita menangi iaitu Parlimen Sepanggar, Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Pada masa sama, kita sedang meneliti beberapa kerusi yang berpotensi tanpa menjejaskan kerjasama dengan rakan-rakan komponen terutama dalam kerajaan negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post PH Sabah mahu pertahan tiga kerusi Parlimen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved