PH sasar menang 22 kerusi

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 11:08 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PH sasar menang 22 kerusi

KUALA PILAH: Pakatan Harapan (PH) menyasarkan kemenangan antara 21 hingga 22 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan esok.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keyakinan itu bersandarkan rekod cemerlang pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sejak 2018, selain kebijaksanaan pengundi membuat pilihan.

Beliau berkata walaupun PH hanya memerlukan sasaran minimum 19 kerusi bagi membentuk kerajaan, gabungan itu yakin berupaya meraih jumlah kerusi yang lebih selesa.

“Kita berusaha sedaya upaya meraih sekurang-kurangnya 19 kerusi dan jika ada kelebihan, sasaran terbaik kita adalah antara 21 hingga 22 kerusi.

“Bagaimanapun, kami menyerahkan kepada kebijaksanaan pengundi dan akan terus berkempen secara konsisten bagi memastikan mandat mentadbir negeri ini dapat dipertahankan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, di sini malam tadi.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor bagaimanapun tidak menafikan cabaran sengit pada PRN kali ini berikutan dinamik landskap politik serta penyesuaian gabungan parti yang berbeza berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan PRN 2023.

“Cabaran kali ini berbeza kerana landskap politik sentiasa berubah. Kita sedar situasi ini dan terus berikhtiar bagi memastikan jumlah kerusi yang dimenangi mencukupi untuk membentuk kerajaan majoriti yang stabil,” jelasnya.-UTUSAN

The post PH sasar menang 22 kerusi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved