
KUALA LUMPUR – Impian Harimau Malaya untuk bangkit tidak terlaksana selepas tewas 0-2 kepada Vietnam pada aksi kedua separuh akhir di Stadium My Dinh, Hanoi, sebentar tadi.
Keputusan itu membolehkan Vietnam mengesahkan tempat ke perlawanan akhir hasil kejayaan 4-0 secara agregat.
Kemenangan pada perlawanan pertama di Cheras nyata memberikan kelebihan buat tuan rumah, berbanding skuad negara yang terdesak mencari sekurang-kurangnya dua gol bagi mengheret aksi ke masa tambahan.
Seawal minit ke-10, tuan rumah hampir berada di depan sebaliknya tandukan Van Hau Doan menuju tepat ke penjaga negara, Azri Ghani.
Seterusnya, Harimau Malaya terus ditekan namun tiada jaringan mampu dihasilkan sepanjang babak pertama.
Kira-kira 17 minit aksi bersambung, gawang negara akhirnya bocor hasil ledakan Nguyen Xuan Son sekali gus beri kelebihan besar buat Vietnam.
Minit ke-89, usaha Harimau Malaya menemui titik noktah apabila Xuan Son sekali lagi merobek gawang negara. – KOSMO! ONLINE
The post Piala ASEAN 2026: Vietnam musnahkan harapan Harimau Malaya appeared first on Kosmo Digital.






