Piala ASEAN: Harimau Malaya turun bersandar sejarah

LocalFootball
19 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN: Harimau Malaya turun bersandar sejarah

PENGENDALI interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjadikan kejayaan skuad kebangsaan kendalian Datuk Dollah Salleh pada 2014 sebagai sumber inspirasi menjelang aksi separuh akhir kedua Piala ASEAN 2026 menentang Vietnam, malam ini.

Malaysia turun ke aksi kedua di Stadium My Dinh, Hanoi dengan misi sukar selepas tewas 0-2 pada perlawanan pertama, namun Cheng Hoe percaya sejarah lepas mampu menjadi pembakar semangat untuk mencipta kebangkitan luar biasa.

Sebagai rekod, pada separuh akhir Piala ASEAN 2014, Malaysia pernah bangkit daripada ketinggalan 1-2 kepada Vietnam sebelum mencipta kemenangan 4-2 pada aksi timbal balik di Hanoi untuk mara ke final.

“Pada 2014 di bawah kendalian jurulatih ketika itu (Dollah), beliau melakukan sesuatu yang hebat untuk mengubah keadaan.

“Ketika itu Malaysia ketinggalan 1-2 sebelum datang ke sini dan menang 4-2. Itu keputusan yang sangat baik dan sudah tentu memberikan kami keyakinan.

“Kami mahu mencipta sejarah seperti itu. Saya rasa pemain juga sedar mengenai situasi tersebut dan ia sesuatu yang boleh menaikkan semangat pasukan,” katanya.

Lebih menarik, Cheng Hoe turut mengakui rekod Vietnam yang tidak tewas dalam 23 aksi antarabangsa menjadi cabaran besar buat Harimau Malaya untuk mencipta kejutan.

“Kami tahu rekod Malaysia dan Vietnam tidak begitu baik. Tetapi dalam bola sepak, anda perlu turun ke padang dengan kepercayaan bahawa anda mampu mengubah keputusan.

“Kami tetap menghormati Vietnam, terutama dengan rekod mereka di bawah kendalian Kim Sang-sik yang tidak tewas dalam 20 perlawanan. Semua statistik dan rekod itu sepatutnya menjadi motivasi, bukannya alasan untuk kami berasa rendah diri,” katanya.

 

The post Piala ASEAN: Harimau Malaya turun bersandar sejarah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved