Piala ASEAN: Vietnam dedah tahu kekuatan Malaysia

LocalFootball
16 Aug 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN: Vietnam dedah tahu kekuatan Malaysia

REKOD kebal Vietnam yang tidak tewas dalam 22 perlawanan antarabangsa menjadi sandaran juara bertahan itu menjelang aksi bertemu Malaysia pada aksi separuh akhir pertama Piala ASEAN 2026, malam ini.

Selain itu, kegagalan skuad Harimau Malaya meraih kemenangan ke atas Naga Emas itu dalam tempoh 12 tahun turut menjadi ‘senjata’ psikologi lawan dalam misi melangkah ke pentas final kali ini.

Ketua jurulatihnya, Kim Sang-sik mengakui enggan barisan pemain terlalu dibuai dengan pencapaian itu sebaliknya fokus untuk meraih keputusan positif untuk dibawa ke Hanoi.

Pengendali dari Korea Selatan itu optimis Vietnam mampu mengekalkan momentum selain mengakui taktikal Malaysia bukan lagi rahsia dan mudah untuk dikekang di atas padang nanti.

“Malaysia adalah pasukan yang kuat dan mempunyai keseimbangan yang baik dengan menggunakan formasi 4-4-2.

“Bagaimanapun, kami sudah mengenal pasti serta menganalisis kelemahan mereka dan akan membuat persiapan untuk mendapatkan keputusan yang baik.

“Mengenai sejarah lepas, saya tidak mahu pandang ke belakang kerana mungkin saya bukan ketua jurulatih ketika itu. Esok adalah perlawanan baharu dan sasaran kami tetap jelas (untuk menang).

“Saya percaya pemain akan menunjukkan keazaman yang kuat di atas padang untuk mencapai matlamat kami (ke final),” katanya.

Sementara itu, penyerang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son menganggap kualiti padang Stadium Kuala Lumpur, Cheras bakal melemahkan pasukan selepas berdepan cabaran menyesuaikan diri.

“Secara peribadi saya tidak begitu suka padang ini. Bagi saya, ia seperti padang lama, tetapi ini bukan masalah besar kerana di Vietnam juga sama. Apa yang penting, kita dapat meraih keputusan positif kerana kami buat persiapan yang baik sepanjang minggu ini,” katanya.

The post Piala ASEAN: Vietnam dedah tahu kekuatan Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved