Piala ASEAN FIFA: Lelaki Warga Indonesia Dikecam Edit Gambar Pijak Agong

2 Oct 2026 • 10:41 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (1 Oktober), Malaysia mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Singapura namun keputusan tersebut gagal melayakkan Harimau Malaya ke pusingan akhir FIFA ASEAN Cup 2026 selepas Indonesia menang besar 9-2 menentang Bangladesh.

Kemenangan itu menyaksikan Indonesia menamatkan saingan Kumpulan A di tangga teratas selepas mengumpul tujuh mata apabila merekodkan 11 gol berbanding sembilan gol yang dimiliki Harimau Malaya.

Lelaki Dipercayai Warga Indonesia Sunting Gambar Hina Sultan Ibrahim

Susulan keputusan itu, peminat skuad Garuda telah menunjukkan keterujaan dan kegembiraan mereka di platform media sosial. Namun begitu, ada juga segelintir yang memperlekehkan Malaysia sehingga sanggup menghina Institusi Diraja negara ini.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai warga Indonesia telah menyunting gambar seorang individu berpakaian jersey skuad Garuda sedang memijak Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menerusi foto jelik itu, kelihatan Agong sedang melutut.

“9-2 boss,” kata lelaki itu dipercayai merujuk kepada kemenangan Indonesia yang berjaya mara ke final Piala ASEAN FIFA.

Namun menerusi semakan kami, lelaki tersebut telah pun memadam atau menurunkan hantaran terbabit.

View on Threads

‘Sebab Bola Je Tapi Sampai Hina YDPA’ – Netizen

Hantaran menghina Agong itu kemudiannya telah mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia.

“YDPA pun diorang (warga Indonesia) nak hina ke? Ni kalau dekat Malaysia dah lama kena kutip (tahan). Orang dekat sini pun hormat YDPA. Tiba-tiba nak kaitkan bola dengan YDPA,” kata seorang wanita.

“Pasal bola je terus jadi sehina tu permikiran diorang ya,” tambah seorang individu.

Malah ada yang berkata perbuatan menyunting gambar sebegitu rupa adalah melampau dan tidak boleh diterima.

“OMG tu sultan. Dia main-main dengan sultan pulak. Beraninya ya Allah,” ujar seorang pengguna Threads.

Rakyat Indonesia Turut Kecam, Minta Lapor Akaun Hina Sultan Ibrahim

Sementara itu, segelintir rakyat Indonesia juga tidak bersetuju dan mengecam perbuatan lelaki berkenaan.

“Betul, itu tindakan b*d*h dan tidak punya adab. Saya orang Indonesia pun malu lihat gambar itu. Silakan lapor akaun supaya kena sekat. Kita boleh berselisih tapi ada batasan. Ini cuma dunia,” kata seorang lelaki.

Masa Tambahan Dalam Aksi Indonesia Menentang Bangladesh Dipersoal Pemain Harimau Malaya

Sebelum ini, penyerang naturalisasi negara, Bergson Da Silva, mempersoal masa tambahan pada aksi Indonesia – Bangladesh yang berubah dari 2 minit menjadi 7 minit sekaligus menyaksikan skuad Garuda menjaringkan dua gol pada penghujung perlawanan.

“Ini mengarut, sepanjang kejohanan memang memihak kepada mereka (Indonesia). Mereka bermain ketiga-tiga perlawanan di Jakarta pada waktu malam, sedangkan pasukan lain bermain di Bandung dan pada sebelah petang, dengan perlawanan setiap dua hari.

“Dalam perlawanan hari ini pula, pada awalnya diberikan dua minit masa tambahan sebelum tiba-tiba ditambah menjadi tujuh minit. Mereka menjaringkan dua gol dalam dua minit terakhir masa tambahan,” kata Bergson di Instagram Story, dipetik Berita Harian.

Bagaimanapun semakan kami mendapati hantaran itu sudah dipadam di Instagram Bergson.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Piala ASEAN FIFA: Lelaki Warga Indonesia Dikecam Edit Gambar Pijak Agong
Image from: Piala ASEAN FIFA: Lelaki Warga Indonesia Dikecam Edit Gambar Pijak Agong
Image from: Piala ASEAN FIFA: Lelaki Warga Indonesia Dikecam Edit Gambar Pijak Agong
Image from: Piala ASEAN FIFA: Lelaki Warga Indonesia Dikecam Edit Gambar Pijak Agong
Image from: Piala ASEAN FIFA: Lelaki Warga Indonesia Dikecam Edit Gambar Pijak Agong
Image from: Piala ASEAN FIFA: Lelaki Warga Indonesia Dikecam Edit Gambar Pijak Agong
Image from: Piala ASEAN FIFA: Lelaki Warga Indonesia Dikecam Edit Gambar Pijak Agong
Image from: Piala ASEAN FIFA: Lelaki Warga Indonesia Dikecam Edit Gambar Pijak Agong
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Akaun TikTok Hina YDP Agong: Royal Press Office Mahu Tindakan Tegas Diambil

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved