
SKUAD Harimau Malaya perlu waspada dengan percaturan terakhir Kumpulan A Piala ASEAN FIFA kerana kesilapan memandang rendah Singapura berpotensi menyaksikan impian ke final terkubur lebih awal.
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli mengingatkan skuad negara supaya tidak terlalu selesa selepas berjaya mengikat Indonesia kerana skuad Sang Singa memberi cabaran yang berbeza.
Menurut Pekan, perhatian kini bukan sahaja terarah kepada aksi Malaysia menentang Singapura, tetapi harapan Malaysia turut bergantung kepada keputusan perlawanan Indonesia menentang Bangladesh.

“Kita kena ingat bahawa rekod pertemuan kita dengan Singapura bukanlah bagus sangat. Bukan soal Singapura kuat sahaja, tetapi sentimen (derbi) itu ada. Bila main dengan Malaysia, mereka punya semangat lain macam.
“Justeru, kita tidak mahu kerana jika kita gagal mendapatkan kejayaan yang baik menentang Singapura nanti menyebabkan kita tersingkir awal,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Pekan berkata, Indonesia pula dilihat mempunyai peluang cerah untuk mengutip kemenangan besar ke atas Bangladesh, sekali gus menjadikan tekanan terhadap Harimau Malaya semakin tinggi.
“Jangan sesekali pandang rendah Singapura kerana Indonesia juga bergelut untuk tewaskan mereka sebelum ini,” katanya.
The post Piala ASEAN FIFA: Rekod berdepan Singapura merisaukan appeared first on Kosmo Online.






