Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 28 September yang lalu telah berlangsungnya perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia bagi Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta di Indonesia yang berakhir dengan keputusan Malaysia terikat 0-0.
Keputusan seri ini menyaksikan Harimau Malaya perlu menundukkan Singapura pada 1 Oktober di Stadium Si Jalan Harupat, Bandung bagi melayakkan diri ke final Piala ASEAN FIFA.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Piala ASEAN FIFA: Tular Penyokong Harimau Malaya ‘Ditahan’ Lebih Sejam Di Stadium GBK, Jakarta Selepas Terikat 0-0
Tular dakwaan senario besar dalam pertandingan Malaysia menentang Singapura
Namun belum pun sepak mula perlawanan, media sosial sudah kecoh apabila seorang individu dipercayai Pegawai Khusus Menteri Hukum Republik Indonesia dikenali sebagai M. Noor Korompot mendakwa wujud ‘senario besar’ atau dalam erti kata lain ‘percaturan besar’ menjelang aksi Malaysia menentang Singapura.
Memetik Suara.com, Noor Korompot menulis dakwaan tersebut di Instastory (IG Story) miliknya.
“Singapura akan melepas pertandingan di FIFA ASEAN Cup (2026) untuk loloskan (memberikan) Malaysia ke final,” dakwanya dalam hantaran itu.

Mahukan permainan yang lebih adil dalam bola sepak ASEAN
Dalam satu lagi hantaran, Noor Korompot juga menyebut tentang konspirasi yang mungkin wujud justeru mahukan permainan secara adil dalam bola sepak ASEAN.
“Konspirasi hanya boleh berkembang dalam ruang tertutup dan terasing. Apabila wacana yang terbuka dan bebas dari ketidaksamarataan (berat sebelah) diwujudkan, kaedah manipulatif di padang akan dihapuskan oleh rakaman digital serta hujah yang lebih rasional dan boleh disahkan secara terbuka.
“Mari kita bina permainan yang adil dalam bola sepak ASEAN. Mari kita semua maju ke hadapan,” katanya.
View this post on Instagram
Siapa Noor Korompot?
Menurut portal Suara itu lagi, Noor Korompot sebelum ini Pegawai Khusus Menteri Hukum Bidang Transformasi Digital pada tahun 2024 sehingga 2025.
Namun semakan kami mendapati cawangan kementerian bagi Wilayah Gorontolo ada memuat naik satu hantaran bersempena ulang tahun kelahirannya pada Mac lalu dan menyebut jawatan beliau yang masih sama.
“Selamat ulang tahun Bapak M. Noor Korompot Staf Khusus Menteri Hukum RI.
“Semoga senantiasa diberikan kesihatan, keberkatan, dan kekuatan dalam memimpin dengan integriti.”
View this post on Instagram
Selain itu, dia juga sebelum ini merupakan seorang jurnalis ekonomi dan perniagaan. Sejak kebelakangan ini dia sering dilihat muncul di dalam berita sukan kerana kerap membincangkan isu naturalisasi pemain keturunan Indonesia.
Dalam satu lagi hantaran di Instastory miliknya, dia turut mendakwa pemerhati bola sepak mengatakan sekiranya Timnas (kumpulan bola sepak Indonesia) menang melawan Bangladesh atau tidak terkalahkan tidak ada masalah gagal ke final.
“Kata pemerhati bola sepak: Jika pasukan kebangsaan Indonesia bermain dengan baik, menang menentang Bangladesh atau tidak terkalahkan, tidak ada masalah untuk ke final (perlawanan akhir).
“Tapi jika sampai Malaysia dan Singapura bermain mata (ada percaturan) antara satu sama lain dan kepimpinan pengadil sama di Piala AFF tentu ini tidak mencerminkan permainan yang adil,” dakwanya.

Hantaran sama tular di media sosial undang rasa kurang senang rakyat Malaysia atas dakwaan tidak benar
Hantaran Noor Korompot kononya wujud ‘percaturan besar’ itu kemudiannya menjadi tular di media sosial termasuklah Threads sehingga mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen Malaysia yang menyifatkan ia satu dakwaan yang tidak benar.
View on Threads
Paparan hantaran sama turut dikongsikan oleh Malayanfootball di Instagram.
View this post on Instagram
Ramai minta tindakan diambil atas dakwaan palsu yang dibuat oleh individu berkenaan
Malah ada pengguna Threads menyifatkan ia adalah satu dakwaan yang serius kepada Malaysia dan Singapura.
Melihat di ruangan komen, ramai yang meminta Malaysia dan Singapura untuk mengambil tindakan atas dakwaan tersebut.
Malah ada juga yang menyifatkan ia satu fitnah kepada dua negara berkenaan, justeru mereka perlu membuat laporan kepada pihak FIFA.
Ada juga yang berpendapat Noor Komporat membuat lawak jenaka kerana tidak mungkin Singapura akan mengalah kerana mereka merupakan pencabar Piala Asia 2027.
Walau bagaimanapun, menerusi semakan kami setakat artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung dakwaan terbabit.
” FA Malaysia dengan FAS perlu lapor orang ini ke FIFA”

“Tolong kerajaan Malaysia dan Singapura saman. Beliau telah membuat tuduhan palsu yang amat berat”

“Kenapa lah suka buat macam ni dekat Malaysia?”




