Piala ASEAN: Jangan biar Harimau Malaya jadi ‘mangsa’

LocalFootball
7 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN: Jangan biar Harimau Malaya jadi ‘mangsa’

PENYOKONG skuad Harimau Malaya diseru untuk memberi sokongan penuh kepada pasukan kebangsaan dengan memenuhkan Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala ASEAN 2026 menentang Filipina, Sabtu ini.

Pemerhati bola sepak tempatan, Ahmad Muzakkir Hamid berharap peminat setia Harimau Malaya supaya terus berdiri di belakang skuad kebangsaan walaupun ada segelintir yang masih kecewa dengan pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Ahmad Muzakkir, tiada masalah untuk penyokong mengkritik dan menuntut perubahan dalam FAM, tetapi segala kekecewaan itu tidak seharusnya menyebabkan Harimau Malaya menjadi mangsa.

Ahmad Muzakkir berharap penyokong memenuhi stadium setiap kali skuad negara turun beraksi sebagai tanda sokongan kepada pemain yang membawa nama Malaysia.

“Saya menghormati hak setiap penyokong untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap FAM. Kritikan yang membina adalah penting bagi memastikan tadbir urus bola sepak negara sentiasa berada pada landasan yang betul.

“Namun, kita harap penyokong tidak menterjemahkan kemarahan terhadap FAM dengan memboikot Harimau Malaya yang sedang beraksi di pentas antarabangsa.

“Para pemain, jurulatih dan pegawai pasukan sedang memikul amanah besar mewakili Malaysia. Mereka turun ke padang bukan untuk mempertahankan mana-mana individu atau pengurusan, sebaliknya berjuang mengharumkan nama negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Muzakkir percaya stadium yang penuh dengan laungan penyokong bukan sahaja memberikan semangat kepada pemain, malah menjadi gambaran jelas bahawa rakyat Malaysia masih bersama Harimau Malaya.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe berdepan misi hidup mati pada Sabtu ini dengan kemenangan ke atas The Azkals dapat mengesahkan kemaraan skuad kebangsaan ke peringkat separuh akhir Piala ASEAN 2026.

 

The post Piala ASEAN: Jangan biar Harimau Malaya jadi ‘mangsa’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved