Hoki Remaja Piala Asia: Malaysia Tewas 2-4 Kepada Pakistan, Gagal Raih Gangsa

13 Sep 2026 • 6:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hoki Remaja Piala Asia: Malaysia Tewas 2-4 Kepada Pakistan, Gagal Raih Gangsa

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Skuad hoki remaja lelaki negara terpaksa berpuas hati menamatkan saingan Piala Asia Remaja 2026 di tempat keempat selepas tewas 2-4 kepada Pakistan dalam aksi penentuan pingat gangsa di Moqi, China, hari ini.

Malaysia yang memburu penamat podium bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi gol padang Adam Ashraf Johari pada minit ke-11.

Shafiq Ammar Fahmi Suzaini kemudiannya menggandakan kedudukan dua minit menerusi pukulan sudut penalti pada minit untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului 2-0.

Bagaimanapun, Pakistan bangkit merapatkan jurang menerusi gol padang Rana Abdul Sami pada minit ke-34 sebelum pemain itu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-47 untuk kedudukan 2-2.

Kebangkitan Pakistan kemudian diteruskan menerusi gol pukulan sudut penalti Muhammad Shaheer pada minit ke-52 untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

Waleed Rana kemudian melengkapkan kemenangan Pakistan menerusi jaringan pukulan penalti pada minit ke-56 sekali gus mengesahkan kemenangan 4-2 dan pingat gangsa buat pasukan itu.

Baca juga:

Perlawanan final antara India menentang Korea Selatan akan berlangsung malam ini.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved