Piala Dunia Remaja: Young Tigers Gagal Mara Ke Suku Akhir

3 Dec 2025 • 10:00 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Skuad hoki lelaki kebangsaan gagal melangkah ke suku akhir selepas tewas 1-3 kepada England dalam aksi terakhir Kumpulan E, Piala Dunia Remaja 2025 di Stadium Hoki Antarabangsa Madurai, Tamil Nadu, India hari ini.

England membuka jaringan awal melalui Henry Markham yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit keempat, diikuti gol padang Michael Royden pada minit ke-36 yang menggandakan kedudukan. Malaysia cuba merapatkan jurang apabila Azimuddin Kamaruddin menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-47, namun Alex Chihota melengkapkan kemenangan England tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Terdahulu, Belanda muncul juara Kumpulan E selepas membelasah Austria 11-0, menempatkan Belanda di tangga teratas dengan sembilan mata, diikuti England (enam mata), Malaysia (tiga mata) dan Austria tanpa sebarang mata.

Malaysia memulakan kempen dengan kemenangan 5-1 ke atas Austria pada Sabtu lepas sebelum tewas 0-6 kepada Belanda pada Ahad. Hanya juara kumpulan dan dua naib juara terbaik layak ke suku akhir, manakala pasukan lain akan bertanding dalam perlawanan klasifikasi bagi menentukan kedudukan kesembilan hingga ke-16 dan seterusnya bagi tempat ke-17 hingga ke-24.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved