Piala FA: JDT selangkah ke final

LocalFootball
23 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Piala FA: JDT selangkah ke final

Johor Darul Ta’zim (JDT) menghampiri pentas final Piala FA selepas menewaskan DPMM FC 2-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.

Turun tanpa Arif Aiman Hanapi dalam kesebelasan utama, Harimau Selatan membuka jaringan pada minit ke-21 menerusi Bergson Da Silva selepas kesilapan pertahanan DPMM, Ebenezer Abban.

JDT terus menguasai permainan sebelum menggandakan kelebihan pada minit ke-72 menerusi Eddy Israfilov yang menyudahkan situasi kelam-kabut di depan gawang tuan rumah.

DPMM cuba merapatkan jurang menerusi beberapa asakan pada penghujung perlawanan, namun gagal menghasilkan jaringan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, 8 November ini.

JDT sebelum ini menjuarai Piala FA sebanyak lima kali, iaitu pada 2016, 2022, 2023, 2024 dan 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved