Liga Super: Pan-gon tetap waspada ancaman daripada Penang

FootballSports
17 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: Pan-gon tetap waspada ancaman daripada Penang

PENGENDALI Selangor, Kim Pan-gon memberikan amaran buat barisan pemainnya supaya tidak terlalu mengambil mudah cabaran ketika berdepan lawan yang berada di kedudukan lebih bawah.

Selepas menerima aib tewas 2-3 kepada Star City pada suku akhir kedua Piala FA Ahad lalu, The Red Giants harus segera bangkit bagi mengelak kekalahan kedua berturut-turut di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Jurulatih dari Korea Selatan itu menuntut aksi lebih garang daripada pemainnya selain mengharapkan tiga mata menjelang perlawanan kelima Liga Super menentang Penang FC malam ini.

“Kami dihukum (Star City), kami mencipta banyak peluang, namun saya fikir kami terlalu ambil mudah. Ini menjadi pe­ngajaran berguna buat kami kerana jika tidak mampu menghasilkan jaringan, sudah pasti kami akan dihukum.

“Kami tidak boleh mengulanginya dan harus bersiap sedia dengan baik untuk aksi selepas ini. Saya fikir kami perlu segera bangkit bagi menampilkan permainan yang lebih baik,” katanya.

Kemenangan ke atas Penang cukup penting buat Selangor untuk mengekalkan rekod tanpa kalah selain terus memberikan cabaran kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang belum tewas dalam lima perlawanan awal.

Pada masa sama, Pan-gon juga enggan ‘memperjudikan’ nasib bintang Harimau Malaya, Faisal Halim dan mahu pemain itu pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi bersama The Red Giants.

“Kecederaan boleh berlaku ketika bersama pasukan kebangsaan dan saya fikir dia perlukan sedikit masa,” ujarnya.

The post Liga Super: Pan-gon tetap waspada ancaman daripada Penang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved