Piala FA: Sabah FC dan Selangor FC sama kuat

LocalFootball
2 Sep 2026 • 9:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala FA: Sabah FC dan Selangor FC sama kuat

KOTA KINABALU – Selangor FC gagal meraih bekal lebih selesa apabila sekadar seri 2-2 dengan Sabah FC pada aksi pertama pusingan 16 Piala FA di Stadium Likas, sebentar tadi.

The Rhinos terbukti masih memiliki kualiti tersendiri dan keputusan itu juga mengekalkan rekod baik, kekal tanpa kalah sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Terdahulu, tuan rumah memulakan perlawanan dengan positif apabila membuka jaringan seawal minit ke-33 menerusi Dane Ingham.

Bagaimanapun, kelebihan itu hanya bertahan dua minit selepas penyerang baharu The Red Giants, Kay Tejan terus menemui sentuhan berbisa, meledak gol penyamaan.

Bersambung babak kedua, giliran pelawat berada di depan dan kali ini hanya memerlukan lima minit untuk memperoleh jaringan kedua menerusi Chrigor Moraes.

Bagaimanapun, tuan rumah segera menunjukkan reaksi balas untuk kembali menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras Halim Saari pada minit ke-58.

Keputusan ini menyaksikan peluang kedua-dua pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya masih lagi terbuka.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 9 September ini. – KOSMO! ONLINE

 

The post Piala FA: Sabah FC dan Selangor FC sama kuat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved