Piala FA: Sosa muncul wira, Selangor bangkit tundukkan Kuching City

Football
23 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Piala FA: Sosa muncul wira, Selangor bangkit tundukkan Kuching City

Selangor membawa bekalan satu gol menjelang aksi timbal balik separuh akhir Piala FA selepas bangkit menewaskan Kuching City 2-1.

Pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Ramadhan Saifullah Usman pada minit kesembilan selepas melakukan larian solo sebelum menewaskan Sikh Izhan Nazrel.

Namun, Selangor kembali menyamakan kedudukan menerusi Eduardo Sosa pada minit ke-19 untuk menjadikan keputusan 1-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung selepas rehat, Sosa sekali lagi menghukum Kuching City apabila menyudahkan hantaran Chrigor Moraes pada minit ke-58 untuk meletakkan The Red Giants di depan.

Kuching City cuba memburu gol penyamaan, namun percubaan Dylan Wenzel-Halls pada minit ke-88 berjaya dinafikan Sikh Izhan.

Kemenangan itu memberi kelebihan kepada Selangor menjelang aksi timbal balik di Kuching pada 8 November ini, selain membuka peluang buat The Red Giants membalas dendam selepas disingkirkan pasukan sama dalam saingan Piala Malaysia musim lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved