Pihak Pengurusan Dituduh Normalisasikan Budaya LGBT, Ini Respon Keretapi Sarong [Video]

18 Sep 2026 • 12:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial mengenai pemakaian segelintir peserta acara Keretapi Sarong 2026 yang disifatkan keterlaluan ketika berada sekitar stesen-stesen keretapi di Lembah Klang.

Tindakan segelintir peserta lelaki yang mengenakan pakaian dikhususkan buat jantina berbeza telah mendapat kritikan ramai. Bukan itu sahaja, ada juga mempersoal pihak penganjurnya, LOCCO mengenai garis panduan yang ditetapkan bagi penyertaan acara berkenaan.

Lelaki Dakwa LOCCO Normalisasi Budaya LGBT Di Acara Keretapi Sarong 2026

Malah seorang individu turut mendakwa LOCCO menormalisasikan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semasa penganjuran Keretapi Sarong selain meminta pihaknya untuk menghentikan perbuatan tersebut.

“Kepada penganjur Keretapi Sarong, LOCCO diminta untuk hentikan budaya normalisasi LGBT di event Keretapi Sarong.

“Tahun depan, sila buat teguran dan peringatan kepada pihak songsang yang budaya mereka tidak diterima di Malaysia.

“Ini bukan soal agama tetapi budaya Malaysia yang tidak lagi terima LGBT sebagai perkara yang normal. Faggotry (tingkah laku homoseksual) tidak (melambangkan) Hari Malaysia,” katanya.

Image from: Pihak Pengurusan Dituduh Normalisasikan Budaya LGBT, Ini Respon Keretapi Sarong [Video]
Sumber: Threads

Segelintir Peserta Lelaki Pakai Baju Wanita & Mekap Tebal

Menerusi semakan kami, kelihatan sesetengah peserta lelaki memakai pakaian tradisional dan aksesori dikhususkan buat golongan kaum Hawa. Malah ada juga yang memakai solekan tebal.

Malah turut tular video sekumpulan peserta termasuk yang berpakaian lain dari jantina asal mereka sambil menyahut tagline “Hello Nyah, Ciksu Ni”.

View on Threads

“Kami Tak Pernah Normalisasikan Budaya Yang Bercanggah Agama & Budaya Malaysia” – Keretapi Sarong

Menjawab kepada isu berbangkit, Keretapi Sarong berkata pihaknya tidak pernah sesekali menormalisasikan budaya LGBT sepanjang penganjuran program itu seperti yang didakwa individu berkenaan.

Jelasnya, segala peringatan dan peraturan telah pun dihebahkan sebelum Keretapi Sarong 2026 berlangsung. Pun begitu, masih ada segelintir yang bertindak sebaliknya.

Keretapi Sarong Minta Hentikan Tuduhan Pihaknya Sokong Budaya LGBT

Sehubungan itu, Keretapi Sarong meminta supaya menghentikan tuduhan sebegitu kerana garis panduan mengenai etika pemakaian telah pun dikeluarkan.

“Kami tidak pernah menormalisasikan budaya yang bercanggah dari tuntutan agama dan budaya Malaysia. Tuduhan seperti ini juga mesti dihentikan.

“Garis panduan, peringatan dan peraturan juga telah dikeluarkan awal lagi,” kata Keretapi Sarong menerusi kenyaatan di laman Threads.

View on Threads

‘Ni Acara Rakyat Yang Percuma, Sukar Kawal 25,000 Peserta’ – Keretapi Sarong

Tambahnya, mengawal 25,000 peserta dalam sebuah acara dengan kemasukan percuma bukanlah sesuatu yang mudah.

“Cabarannya ialah acara ini acara rakyat yang percuma untuk semua orang awam. Untuk mengawal 25,000 orang kehadiran bukan sesuatu yang mudah.”

Keretapi Sarong Sudah Ingatkan Peserta Pakai Baju Sopan Ikut Jantina Masing-masing

Menerusi semakan kami, pengendali akaun Keretapi Sarong di Threads sebelum ini telah pun mengeluarkan garis panduan tentang perkara yang dibenar dan tidak dibenarkan sepanjang acara itu.

“Jangan anggap ia (Keretapi Sarong) sedakar pesta pakaian. Hayati nilai warisan dan perpaduan serta berpakaian sopan mengikut jantina masing-masing.”

Selain itu, pihaknya juga sudah memberi peringatan supaya elak melakukan sebarang provokasi yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Cetus Fitnah” – Peserta Keretapi Sarong Didakwa Pakai Baju Dengan ‘Simbol Syaitan’ Undang Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kaum Hawa Teruja Keretapi Sarong 2026 Perkenal Stesen Khas Untuk Peserta Wanita 16 Sept Ini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved