Pilih Untuk ‘Low-Key’, Sean Lee Tak Mahu Komen Orang Sekeliling Beri Impak Hubungan Cinta Bersama Bay Doucet

13 Jul 2024 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Memilih untuk memprivasikan hubungan cintanya, pengacara dan pelakon, Sean Lee mendedahkan dia tidak mahu komen dari orang sekeliling memberikan impak pada hubungan cinta dengan isterinya, Bay Doucet.

Hubungan cinta amat berharga buat Sean

Sean atau nama sebenarnya, Sean Lee Jia Ern, 30, berkata hubungan cinta ini amat berharga untuk dirinya susulan itu dia memilih untuk menjaga privasi dengan sebaiknya.

“Hidup saya dan hidup Bay banyak yang kami dah kongsi di sosial media, orang dah tahu banyak pasal kami.

“Saya rasa ada sesetengah perkara yang kita perlu simpan untuk diri sendiri dan hubungan ini adalah salah-satunya sebab itu saya simpan untuk diri saya.

“Kadang-kadang banyak pressure juga bila kita kongsi dan semua orang dah tahu, contonya macam akan ada netizen yang jadi kaunselor untuk bagitahu macam mana cara nak menjalankan hubungan kita, dań kami tidak mahu itu,” katanya ketika ditemui Gempak.

Kongsi ciri-ciri pasangan yang disukai

Sementara itu, Sean dan Bay juga sempat berkongsi ciri-ciri yang disukai sesama mereka.

“Pretty, elegance,dan innocent, free of guilt,dia janis orang yang grow followers dan itu yang saya perlukan dalam hidup saya,” jelas Sean.

“Saya suka Sean punya kesabaran dalam melayan saya dan dia selalu juga buat orang sekeliling dia gembira dan dia love unconditionally,” kongsi Bay.

Terdahulu, Sean mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar perkahwinannya dengan Doucet yang juga model berdarah kacukan Cina-Amerika Syarikat dalam laman Instagram pada 7 Julai lula.