
Kota Kinabalu: Kejohanan Ping Pong Rentas Sempadan 2025 julung kali dianjurkan oleh Persatuan Ping Pong Tuaran (Persatuan Ping Pong Daerah Tuaran) dengan jumlah hadiah wang lebih RM10,000 bakal berlangsung di Pusat Ping Pong Sabah di Sunny Garden, di sini pada 20-21 Oktober.
Kejohanan itu, terbuka kepada semua warga Malaysia dan juga penyertaan asing, menampilkan lapan bahagian dalam kategori dewasa lelaki dan wanita serta kategori kanak-kanak.
Kesemua pemenang empat teratas akan menerima pingat dan wang tunai manakala hadiah saguhati akan diberikan kepada mereka yang menduduki tempat kelima hingga kelapan.
Penasihat Persatuan Pingpong Tuaran Chung Tay Vui berkata jemputan kepada peserta antarabangsa itu bertujuan untuk memupuk hubungan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat serta mempromosikan sukan dan integrasi sosial.
Chung menyeru semua peminat untuk menyertai kejohanan itu, yang katanya penganjur telah melabur dana dan usaha yang besar bagi menyediakan platform untuk mereka bersaing.
Yuran penyertaan ialah RM25 untuk perseorangan dan RM50 untuk beregu. Tarikh tutup adalah pada 15 September jam 12 tengah hari dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Lorna Law di talian 019-8207080.



