Pinggan Mangkuk & Perabot Dalam Rumah Lepas Bercerai Milik Siapa? Ini Penjelasan Peguam Syarie

LocalHome & Living
30 Apr 2025 • 4:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sekitar minggu ini, kecoh di media sosial insiden seorang pempengaruh dan usahawan, Cik Epal bersama bekas suami dan isteri baharunya.

Segalanya bermula apabila influencer berkenaan menuntut barang yang didakwa miliknya dan dibeli sewaktu mereka masih hidup bersama.

Antara barang yang tersenarai dalam tuntutan tersebut adalah pinggan mangkuk yang berharga ribuan ringgit serta beberapa peralatan elektrik yang lain.

Ia mula menjadi perhatian ramai apatah lagi ada segelintir individu yang mempersoal status barang tersebut selepas cerai.

Perkakas Rumah Boleh Termasuk Dalam Tuntutan Harta Sepencarian

Terbaharu, seorang peguam syarie tampil membuat penjelasan berhubung status barang tersebut.

Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi satu video carousel di TikTok @nuaimrazak.

“Selepas bercerai, barangan dalam rumah jadi milik siapa?” tulisnya pada video berkenaan.

Jelas peguam berkenaan, isteri boleh menuntut barang yang dibeli ketika hidup bersama dalam tuntutan harta sepencarian.

“Contoh, isteri ada beli set pinggan mangkuk, perabot, TV, peti ais dalam tempoh perkahwinan.

“Tapi selepas bercerai suami pula bawa lari barang-barang tersebut atau suami berkeras tak nak pulangkan semula kepada isteri.

“Isteri boleh sertakan barangan tersebut dalam tuntutan harta sepencarian,” jelasnya.

Mahkamah Boleh Perintah Suami Buat Bayaran

Jelasnya lagi, mahkamah boleh memerintahkan si suami untuk membayar nilai harta mengikut kadar yang ditentukan atau kaedah yang difikirkan sebagai munasabah.

Malah, ia bukan hanya terpakai kepada si isteri, suami juga boleh membuat tuntutan harta sepencarian.

“Boleh dengan syarat suami perlu buktikan dia ada sumbangan juga terhadap barangan tersebut,” jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, peguam Syarie itu juga turut menjelaskan maksud sebenar harta sepencarian menerusi ruangan kapsyen.

“Takrifan asal harta sepencarian adalah apa-apa harta yang dibeli atau diperoleh dalam tempoh perkahwinan.

“Jika dibeli sebelum, harta tersebut hendaklah dimajukan dan dikembangkan dalam tempoh perkahwinan baru boleh dikira sebagai harta sepencarian,” tulisnya lagi.

Tonton video carousel [DI SINI]

Ramai Baru Tahu Perkakas Rumah Termasuk Senarai Sebagai Harta Sepencarian

Perkongsian yang telah mendapat lebih 311,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendedahkan mereka baru tahu bahawa perkakas rumah boleh dituntut selepas bercerai.

Tidak hanya itu, ada yang mengaitkan penjelasan peguam syarie tersebut dengan isu panas yang membabitkan Cik Epal.

Malah, ada yang mahu menyimpan segala bukti seperti resit sebagai persediaan jika berlaku perkara sebegitu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Baru Tahu, Ingatkan Harta Sepencarian Tu Kereta & Rumah Je, Ada Je Barang Dalam Rumah Bekas Suami Saya Beli”

image is not available

“Ambil Pengajaran, Kita Tengok Benda Macam Biasa, Tapi Azabnya Berat”

image is not available

“Bijak Cik Epal, Dia Pegang & Simpan Resit, Selalu Ambil Bukti Video & Bayar Sendiri”

image is not available

“Dia Mudah Je, Kalau Lelaki Tu Baik, Dia Ikhlaskan Semua Bagi Dekat Bini Lama”

image is not available

“Kalau Kita Faham Agama, Hidup Tak Serumit Ini”

image is not available

Source: