‘Pintu Tu Untuk Apa?’ Ramai Baru Tahu Fungsi Pintu Kecil Pada Penghadang Bunyi Laluan Rel

15 Jul 2026 • 11:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

‘Pintu Tu Untuk Apa?’ Ramai Baru Tahu Fungsi Pintu Kecil Pada Penghadang Bunyi Laluan Rel

‘Pintu Tu Untuk Apa?’ Ramai Baru Tahu Fungsi Pintu Kecil Pada Penghadang Bunyi Laluan Rel

Satu soalan ringkas yang dimuat naik di Threads berjaya mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mempersoalkan kewujudan sebuah pintu kecil pada penghadang bunyi (noise barrier) di laluan rel pengangkutan awam.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai @akeemsharyzal_ memuat naik gambar berkenaan sambil bertanya ringkas.

“Pintu tu untuk apa gais?” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ramai tampil berkongsi pengetahuan mengenai fungsi sebenar pintu berkenaan.

Menurut pengguna Threads, @safrizal82, pintu tersebut sebenarnya mempunyai fungsi penting ketika operasi penyelenggaraan dan situasi kecemasan.

Baca juga:

“Pemasangan pintu di antara noise barrier pada guideway track kereta api mungkin untuk tujuan evacuation dan maintenance,” jelasnya.

Seorang lagi pengguna, @kakacrackr berkata, pintu itu berfungsi sebagai laluan keluar kecemasan sekiranya berlaku insiden di atas landasan.

“Pintu keluar kecemasan. Waktu emergency, bomba akan guna pintu ini untuk keluarkan mangsa.

“Sama juga macam dalam tren ada tingkap khas untuk dipecahkan sekiranya berlaku kecemasan jika pintu tidak dapat dibuka,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengguna lain, @jimi_remon turut berpandangan bahawa pintu tersebut memudahkan operasi menyelamat menggunakan jentera khas.

“Kalau kecemasan boleh guna pakai aerial platform,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui baru mengetahui fungsi sebenar pintu tersebut dan menyifatkan perkongsian itu sebagai satu ilmu baharu yang bermanfaat.

Ramai juga berpendapat kewujudan pintu berkenaan penting bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan serta mempercepatkan operasi menyelamat sekiranya berlaku kecemasan di laluan rel pengangkutan awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved