Ramai Anak Boleh 'Relate' Bila Mak-Mak Dah Mula Tanya Soalan Ini

Family & ParentingLifestyle
9 Jul 2026 • 4:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ramai Anak Boleh 'Relate' Bila Mak-Mak Dah Mula Tanya Soalan Ini

Ramai Anak Boleh 'Relate' Bila Mak-Mak Dah Mula Tanya Soalan Ini

Sejak kecil lagi, ibu menjadi insan yang sentiasa berada di sisi, melihat setiap perubahan, memahami setiap tingkah laku dan mengenali anak-anak lebih daripada sesiapa pun.

Disebabkan itu, setiap perbualan antara dua beranak ini mempunyai ikatan yang istimewa. Meskipun cara seorang ibu menzahirkan kasih sayang terhadap anaknya semakin berbeza seiring meningkat dewasa.

Namun, kasih sayang yang dicurahkan lebih daripada sekadar cukup untuk buah hati mereka.

Tidak hairanlah ramai anak boleh 'relate' dengan gelagat dan tingkah laku syurga mereka. Bahkan apabila mak-mak mula mengajukan soalan-soalan yang di luar kotak.

'Soalan wajib' ibu kepada anaknya

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Threads, @itssyiraaa_, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik tangkap layar perbualannya bersama ibu.

Menerusi perbualan tersebut, si ibu mengajukan satu soalan yang boleh dianggap sebagai 'soalan wajib' dalam kalangan anak-anak, terutama apabila melibatkan urusan teknologi.

"Adik, apa ID dan kata laluan MyJPJ ibu? Ibu lupa," tanya si ibu kepada anaknya.

Image from: Ramai Anak Boleh 'Relate' Bila Mak-Mak Dah Mula Tanya Soalan Ini
Kredit: Threads @itssyiraaa_

Melihat kepada mesej tersebut, reaksi anaknya pula cukup mencuit hati apabila dia hanya membalas dengan emoji lembu, seolah-olah menggambarkan perasaan pening, pasrah dan sudah bersedia menjadi 'pakar IT' keluarga.

Situasi ini sememangnya dekat dengan kehidupan ramai anak-anak yang sering menjadi tempat rujukan utama keluarga apabila ibu mula berdepan dengan dunia digital.

Daripada kata laluan aplikasi, tetapan telefon sehinggalah urusan teknologi harian, anak-anak sering memainkan peranan sebagai 'pusat bantuan rasmi' keluarga.

Baca juga:

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen. ramai netizen mengakui situasi itu terasa begitu dekat dengan kehidupan mereka, terutamanya apabila ibu semakin meningkat usia.

Malah, lebih menghiburkan apabila ruangan komen turut dibanjiri reaksi netizen yang mengakui mereka pernah melalui situasi yang sama.

Rupa-rupanya bukan seorang dua ibu sahaja yang mempunyai 'soalan keramat' seperti ini. Bagi anak-anak, momen seperti ini mungkin kelihatan remeh, namun itulah kenangan kecil yang akan sentiasa dikenang.

Daripada meminta bantuan menguruskan aplikasi sehinggalah bertanya perkara yang dianggap mudah, setiap perbualan itu menjadi bukti bahawa kasih sayang dalam keluarga hadir dalam pelbagai cara.

Image from: Ramai Anak Boleh 'Relate' Bila Mak-Mak Dah Mula Tanya Soalan Ini
Kredit: Threads @itssyiraaa_
Image from: Ramai Anak Boleh 'Relate' Bila Mak-Mak Dah Mula Tanya Soalan Ini
Kredit: Threads @itssyiraaa_

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved