Rapid KL Sahkan Kejadian Bunyi Letupan Kecil Di Laluan Kelana Jaya

1 Jul 2026 • 2:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Rapid KL Sahkan Kejadian Bunyi Letupan Kecil Di Laluan Kelana Jaya

Rapid KL telah mengesahkan berlakunya satu insiden melibatkan bunyi letupan kecil di Laluan Kelana Jaya semalam.

Dalam satu kenyataan, Rapid KL berkata kejadian pada jam 7.18 malam itu berlaku ketika sebuah tren bernombor 57 sedang berada di Stesen Taman Jaya menghala ke Putra Heights.

"Sebagai langkah keselamatan, tren yang terlibat telah dikeluarkan serta-merta daripada perkhidmatan dan semua penumpang diturunkan dengan selamat di stesen berikutnya sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren lain.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut dan perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya terus beroperasi seperti biasa," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pemeriksaan awal oleh pasukan teknikal mendapati tiada sebarang kerosakan pada tren mahu pun komponennya.

Baca juga:

Dalam masa yang sama, pemeriksaan ke atas landasan di antara Stesen Universiti dan Stesen Taman Jaya mendapati keadaan infrastruktur berada dalam keadaan baik dan selamat untuk operasi.

"Pemeriksaan terperinci turut diteruskan selepas tamat waktu operasi sebagai langkah pengesahan.

"Hasil siasatan mendapati terdapat seutas dawai halus yang bukan sebahagian daripada komponen tren mahupun landasan yang telah cair di lokasi kejadian.

"Dawai tersebut dipercayai telah tersangkut pada sistem bekalan kuasa, menyebabkan bunyi letupan kecil berkenaan," ujarnya.

Tambahnya, pihaknya memandang serius setiap insiden yang melibatkan aspek keselamatan dan akan terus menjalankan siasatan lanjut dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

Sementara itu, penumpang disarankan untuk merujuk pada laman media sosial Rapid KL atau aplikasi perjalanan MyRapid PULSE untuk status terkini perkhidmatan Laluan Kelana Jaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved