PKR sah tanding sembilan kerusi PRN Melaka, calon hampir dimuktamadkan

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 2:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

PKR mengesahkan akan bertanding di sembilan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan, dengan senarai calonnya kini hampir dimuktamadkan.

Image from: PKR sah tanding sembilan kerusi PRN Melaka, calon hampir dimuktamadkan

Memetik laporan Free Malaysia Today, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya berkenaan sudah dilakukan dan pihaknya yakin mampu memberikan saingan yang baik.

“Calon kita lebih kurang sudah dimuktamadkan, insya-Allah. Setakat ini, kita akan bertanding di sembilan kerusi dan Pakatan Harapan (PH) tentunya akan bertanding lebih banyak kerusi.
“Perkara paling penting bagi kita di Melaka adalah memastikan persiapan sudah dilakukan dan kita akan memberikan saingan yang sangat baik, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Jelajah Pameran Francais Antarabangsa Zon Selatan di Johor Bahru.

Menurut Fuziah, pengumuman calon PKR akan dibuat oleh Presiden parti yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober ini.

Pengumuman itu dijadualkan berlangsung dalam Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera PH PRN Melaka di tapak parkir Stadium Hang Jebat, Melaka, pukul 8 malam.

Mengenai kerjasama dengan parti lain, Fuziah memaklumkan belum ada sebarang persefahaman rasmi dimeterai setakat ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, PKR terbuka menerima bantuan daripada pihak yang mahu menyokong usaha parti itu menghadapi PRN berkenaan.

“Kalau ada pihak yang mahu membantu, kita amat mengalu-alukan.” tambahnya lagi.

PRN Melaka menetapkan 31 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian akan berlangsung pada 14 November.

Sebanyak 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal dipertandingkan. Pada PRN lalu, Barisan Nasional menguasai 21 kerusi, sementara PH memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional memperoleh dua kerusi.

Sumber: Free Malaysia Today

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved