Platform digital bukan medan fitnah: TYT

LocalTechnology
26 Aug 2026 • 10:55 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Platform digital bukan medan fitnah: TYT

Kota Kinabalu: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata kemajuan teknologi dan akses lebih luas kepada maklumat seharusnya digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan serta mengeratkan hubungan, bukannya sebagai platform menyebarkan fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Beliau berkata perkembangan pesat persekitaran digital hari ini tidak seharusnya menyebabkan masyarakat kehilangan pedoman dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

“Perkembangan teknologi ini seharusnya menjadi alat untuk menyebarkan ilmu, mengeratkan hubungan dan membawa manfaat kepada masyarakat, bukan menjadi medan menyebarkan fitnah, kebencian atau perkara yang boleh merosakkan keharmonian,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah, Selasa.

Turut hadir isteri beliau Toh Puan Faridah Tussin, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, yang juga pengerusi utama jawatankuasa sambutan.

Lebih 10,000 peserta memeriahkan acara itu selepas menyertai perarakan 96 kontinjen dari Padang Merdeka ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Sementara itu, di SERDANG, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghayatan Maulidur Rasul tidak seharusnya terhenti pada sambutan atau perarakan sahaja, sebaliknya perlu diterjemahkan menerusi penghayatan kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada seluruh umat manusia.

Beliau berkata sambutan Maulidur Rasul perlu menjadi wadah untuk menyuntik semangat, kesedaran dan pencerahan dalam kalangan umat Islam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved