“Plot twist ke?” – Netizen Dakwa Janda Bertatu Yang Dibantu Ebit Lew Sebenarnya Tiktoker Terkenal?

Entertainment
15 Jun 2023 • 11:02 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, tular di media sosial kisah pendakwah terkenal Ebit Lew telah membantu seorang wanita yang merupakan ibu tunggal bertatu yang dikatakan hidup bergelandangan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ebit bukan sahaja membantunya dalam memberikan wang dan pakaian muslimah, namun terbaru semalam, wanita yang dikenali sebagai Mondy, 22, ini tiba di Malaysia selepas ditawarkan pendakwah itu untuk mencarikannya pekerjaan yang sesuai setelah dia nekad untuk berhijrah menjadi wanita yang lebih baik.

“Dia tiktok famous kot. Tak paham part mana dia homeless nya”

Pun begitu, timbul ura-ura di media sosial mengatakan ada plot twist di sebalik kisah bantuan Ebit Lew kepada Mondy.

Menerusi perkongsian di Twitter, ada yang mendedahkan rupanya Mondy seorang TikToker terkenal dan mempunyai 1 juta followers.

image is not available

Perkara tersebut membuatkan rata-rata netizen agak curiga dengan kisah Mondy yang juga seorang penyanyi jalanan itu hidup bergelandangan.

Ada juga yang mengatakan jika Mondy hidup susah, tak mungkin dia boleh membuat tatu sebanyak itu dan juga memakai braces.

image is not available

Malah ada juga video dari TikTok Mondy yang memaparkan wanita itu pernah menjadi model dan juga pernah dijemput dalam satu rancangan bual bicara.

Live jual sambal dengan Ebit

Pun begitu, terbaru semalam, selepas tiba di Malaysia, Mondy dilihat muncul dalam sesi live bersama Ebit Lew menjual sambal tempoyak yang dikatakan telah mendapat lebih 15,000 views.

image is not available

Live tersebut mendapat sambutan hebat netizen dan Mondy juga ada berkongsi rasa syukurnya menyambut hari lahir ke-22 selepas mendapat hidayah dan rezeki yang baik hasil bantuan pendakwah berkenaan.

@mondy_tatto

selamat ulang tahun ke-22 tahunn Untuk Diriku sendiri, semoga mondy jadi lebih baik lagi #mondytatto #fyp #CapCut #ulangtahunku #viral #istiqomahbersama

♬ suara asli – Mondy_Tatto – Mondy_Tatto

Netizen di ruang komen juga memberi kata-kata semangat kepada Mondy supaya terus istiqamah dalam perubahannya ke arah yang lebih baik.

image is not available

Pun begitu, sehingga setakat ini masih belum ada penjelasan daripada pihak Ebit berkenaan dakwaan daripada netizen yang mencurigai status sebenar Mondy yang dikatakan gelandangan itu.

Apa-apapun kita doakan yang baik-baik sahaja buat Mondy yang sedang dalam penghijrahan itu. Bab-bab lain kita tunggu penjelasan Ustaz Ebit ya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.