PM Anwar Mengadap Tuanku Muhriz, Sokong Titah Aminuddin Teruskan Tugas Sebagai MB

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 3:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Anwar Mengadap Tuanku Muhriz, Sokong Titah Aminuddin Teruskan Tugas Sebagai MB

PM Anwar Mengadap Tuanku Muhriz, Sokong Titah Aminuddin Teruskan Tugas Sebagai MB

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadap Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir malam tadi bagi membincangkan perkembangan berkaitan institusi Raja serta pentadbiran Kerajaan Negeri.

Menerusi hantaran Anwar Ibrahim di Facebook, dalam masa sama, beliau turut menjunjung kasih atas kebijaksanaan Tuanku dalam menangani isu berkenaan.

Dalam pertemuan tersebut, beliau menyatakan sokongan terhadap titah Tuanku agar Aminuddin Harun terus melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri, menjaga kepentingan rakyat serta menjunjung kedaulatan undang-undang.

Berdasarkan pengalaman dan rekod perkhidmatan cemerlang, beliau diyakini mampu meneruskan tanggungjawab dengan baik.

Menyeru rakyat khususnya di Negeri Sembilan terus berhemah

"Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan yang melibatkan institusi Undang sedang ditangani melalui saluran serta proses yang sah serta kebijaksanaan Undang

"Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan kerjasama penuh untuk memastikan kelangsungan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat

"Dalam apa jua keadaan, keluhuran institusi Raja dan undang-undang negeri mesti terus dipelihara serta dipertahankan

"Saya juga menyeru rakyat khususnya di Negeri Sembilan terus berhemah, beradab dan menjaga ketertiban terutama dalam membicarakan ehwal institusi Raja dan undang-undang negeri

“Kemenakan beraja ke mamak, mamak beraja ke muafakat, muafakat beraja kepada kebenaran, dan kebenaran itu berdiri sendiri," ujar hantaran itu lagi.

Baca juga: