PM Anwar pertahan prestasi Loke, kesal ada yang mahu ‘tolak’ kerana berbangsa Cina

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 9:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Negeri Sembilan agar membuat pilihan berdasarkan prestasi dan amanah seseorang calon, bukan kaum atau warna kulit, ketika turun berkempen bagi membantu calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Anthony Loke.

Loke membuktikan prestasi cemerlang

Menerusi kenyataan yang dikongsi beliau di media sosial, Loke telah membuktikan prestasi cemerlang sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum.

“Saudara Anthony telah membuktikan prestasi yang baik sebagai wakil rakyat di Chennah. Beliau berkhidmat dan membantu rakyat tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli,” ujarnya.

Kesal ada yang mahu tolak hanya kerana berbangsa Cina

Anwar menyatakan masih terdapat pihak yang menolak Setiausaha Agong DAP itu semata-mata kerana beliau berbangsa Cina, walaupun prestasinya sebagai wakil rakyat telah terbukti.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan bahawa HARAPAN dikuasai DAP dan masyarakat Cina, sedangkan pihak lawan juga mempertaruhkan calon daripada kaum yang sama.

“Namun masih ada yang mahu menolak beliau semata-mata kerana beliau seorang Cina.
“Bukan kerana beliau mencuri wang rakyat, bukan kerana merampas tanah rakyat dan bukan kerana gagal melaksanakan amanah, tetapi hanya kerana beliau seorang Cina.
“Aneh sekali kerana di pihak sebelah sana juga ada calon berbangsa Cina, namun yang dijaja kononnya HARAPAN dikuasai DAP dan orang Cina,” katanya.

Pilihlah Cina yang lebih baik

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi supaya memilih calon berdasarkan rekod perkhidmatan dan keupayaan mereka memberi khidmat kepada rakyat.

“Pesanan saya kepada pengundi di Negeri Sembilan, pilihlah Cina yang lebih baik.

“P
ilih saudara Anthony Loke dan seluruh pasukan HARAPAN. Ukurlah seseorang berdasarkan amanah, prestasi dan khidmatnya kepada rakyat, bukan warna kulit atau bangsanya,”

Image from: PM Anwar pertahan prestasi Loke, kesal ada yang mahu ‘tolak’ kerana berbangsa Cina

Menurut Anwar, sekiranya diberi mandat sekali lagi, HARAPAN akan meneruskan prestasi sedia ada dan bekerja lebih keras demi memastikan kesejahteraan rakyat serta pembangunan Negeri Sembilan terus diperkasakan.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved