PM Anwar tak terpukau naik ‘The Beast’, sifatkan limosin bawa Trump seperti istana

LocalPolitics
29 Oct 2025 • 9:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pengalaman uniknya ketika menaiki limosin rasmi milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang digelar ‘The Beast’, semalam.

PM Anwar kongsi pengalaman naik The Beast

Memetik laporan daripada Kosmo!, Anwar menyatakan kenderaan yang sinonim dengan keselamatan tahap tertinggi itu ibarat sebuah istana bergerak, namun beliau tidak mudah terpesona walaupun duduk bersebelahan dengan salah seorang pemimpin paling berpengaruh dunia itu.

“Dalam kenderaan yang disebut ‘The Beast’ itu, (di bahagian) belakang kereta. Duduk dalam kereta macam duduk dalam istana tapi saya tidak terpukau kerana duduk sebelah Trump.
“Saya ucap terima kasih kerana datang ke Malaysia. Terima kasih kerana selesaikan tetapi (ada beberapa) pandangan,” katanya pada sidang akhbar.

image is not available

Ambil kesempatan bincang beberapa isu dalamThe Beast

Anwar turut menjelaskan, sepanjang perjalanan menuju ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), beliau mengambil kesempatan berbincang bersama Trump mengenai beberapa isu penting termasuk tarif serta kerjasama ekonomi dua hala.

image is not available

Trump langgar protokol jemput Anwar naik limonsin

Sebelum ini, media melaporkan Trump melanggar protokol apabila menjemput Anwar menaiki ‘The Beast’ sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum mereka bersama bergerak ke KLCC pada Ahad lalu.

image is not available

Artikel lain: Trump tiba di Malaysia! Sempat menari ikut rentak penari tradisional

Pertemuan singkat tetapi bermakna itu sekali lagi menunjukkan hubungan baik antara kedua-dua pemimpin, selain menonjolkan keakraban luar jangka di pentas diplomatik antarabangsa.

Sumber: Kosmo!