PM Anwar tegas, komited pulangkan dana hasil haram berbilion ringgit kepada rakyat

LocalPolitics
30 Aug 2026 • 6:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan hasil negara yang diperoleh melalui tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan haram dan salah guna kuasa dipulangkan kepada rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, semua dana yang dirampas daripada hasil haram melalui proses undang-undang dan keputusan badan kehakiman akan dipulangkan untuk manfaat rakyat, khususnya dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

“Dan hari ini saya isytiharkan semua dana yang dirampas daripada hasil haram melalui proses undang-undang dan keputusan badan kehakiman, semua itu peroleh berbilion ringgit (dan) akan dipulangkan (kepada rakyat) terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan,” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di sini hari ini.
Image from: PM Anwar tegas, komited pulangkan dana hasil haram berbilion ringgit kepada rakyat

Kredit Foto: FB Anwar Ibrahim

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, barisan jemaah menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Majlis anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu diadakan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2026 esok di Dataran Putrajaya, bertemakan “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”.

Beliau berkata, usaha berkenaan penting bagi memastikan kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, sebaliknya turut diterjemahkan melalui pengagihan hasil negara secara adil kepada rakyat.

“Apa erti kemerdekaan kalau negara ditadbir satu wajah penjajah? Apa erti kemerdekaan kalau hasil tidak dipulangkan kepada rakyat?
“Apa erti kemerdekaan kalau ada anak-anak yang terpencil dan terpinggir tidak mengecap kemewahan (seperti mana) dikecapi rakan-rakan,”ujar beliau.
Image from: PM Anwar tegas, komited pulangkan dana hasil haram berbilion ringgit kepada rakyat

Kredit Foto: FB Anwar Ibrahim

Anwar berkata, setiap rakyat tanpa mengira kaum termasuk Melayu, Iban, Kadazan, Orang Asli, Cina dan India merupakan warga Malaysia yang perlu diberikan perhatian serta pembelaan sewajarnya.

Beliau turut menyeru rakyat menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai kesempatan untuk memperkukuh muafakat, menyatukan tenaga dan ikhtiar serta bersama-sama menjamin masa depan negara.

Image from: PM Anwar tegas, komited pulangkan dana hasil haram berbilion ringgit kepada rakyat

Kredit Foto: The Star

Katanya, Malaysia mampu diangkat ke mercu gemilang menerusi kekuatan dan semangat rakyat yang tidak pernah luntur.

“Dengan rahmat dan inayah Allah SWT dan kekuatan dan semangat yang tidak pernah luntur, insya-ALLAH kita akan berdiri bersama, teguh, gagah dan dihormati dunia,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved