PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Hakim Danish Selepas Juarai Moto3 GP Czech

22 Jun 2026 • 8:08 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Hakim Danish Selepas Juarai Moto3 GP Czech

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Hakim Danish Selepas Juarai Moto3 GP Czech

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli atas kejayaannya menjuarai perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno, semalam.

Menerusi hantaran di platform X, Anwar menyifatkan kejayaan pelumba berusia 18 tahun itu sebagai satu pencapaian yang membanggakan buat negara.

Beliau turut berharap Hakim Danish terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Baca juga:

“Tahniah Hakim Danish! Langkah masih panjang, terus cipta lebih banyak kejayaan,” katanya.

Kemenangan Hakim Danish yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu turut menamatkan penantian selama sedekad Malaysia untuk melihat wakil negara muncul juara dalam saingan Moto3.

Kali terakhir pelumba Malaysia meraih kemenangan dalam kategori tersebut adalah menerusi Khairul Idham Pawi pada musim 2016 apabila menjuarai GP Argentina dan GP Jerman.