
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berbincang dengan Anthony Loke berhubung keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas menerima surat berkenaan semalam.
Anwar berkata, tiada masalah berhubung prestasi Loke sebagai Menteri Pengangkutan yang disifatkannya sangat baik.
“Anthony Loke baru bagi surat peletakan jawatan semalam. Semalam saya bergegas ke pengebumian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad).
“Apa masalah kerja dia (Loke), kerja dia baik, prestasi sebagai menteri sangat baik. Sebab itu saya akan bincang dengan dia,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Hari Ikhtisas Malaysia di sini hari ini.
Anwar turut mempersoalkan mengapa isu peletakan jawatan Loke diberikan tumpuan media sedangkan isu rasuah, rompakan dan “sakau” yang dibangkitkan turut perlu diberi perhatian.
“… suruh orang itu letak jawatan. Sebab apa yang tak sakau suruh letak jawatan?
“Saya nak tanya betul-betul, negara ini nak buat macam mana? Soal rasuah kita padam, bincang pasal soal Anthony Loke letak jawatan,” katanya.
Terdahulu, Anthony berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet kepada Anwar semalam. — BERNAMA
The post PM bincang dengan Anthony berhubung peletakan jawatan appeared first on Kosmo Online.






