‘Prestasi Loke Baik, Kenapa Beliau Perlu Letak Jawatan?’ - PM

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 8:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

‘Prestasi Loke Baik, Kenapa Beliau Perlu Letak Jawatan?’ - PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan gesaan supaya Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan, sedangkan prestasi Loke sepanjang menerajui kementerian itu disifatkan sebagai amat baik.

Perdana Menteri, tidak timbul keperluan untuk Loke berundur hanya kerana terdapat pihak lain yang berdepan isu berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau berkata, tumpuan kerajaan ketika ini adalah menangani isu rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang menjadi antara masalah utama negara.

“Beliau (Anthony Loke) baru menyerahkan surat itu semalam. Semalam saya agak tergesa-gesa kerana perlu menghadiri pengebumian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah.

“Tetapi persoalannya, apakah isu sebenar? Masalah utama negara ialah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Mengapa pula peletakan jawatan diminta atas perkara yang tidak ada kaitan?

“Sebaliknya, mereka yang tidak melakukan penyelewengan pula ditekan supaya meletakkan jawatan,” katanya.

Semalam, Loke dilaporkan telah mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan kepada Anwar.

Bagaimanapun, Loke berkata Perdana Menteri meminta beliau meneruskan tugas berkenaan untuk tempoh tertentu.

Beliau kemudiannya menjelaskan, peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa secara automatik sebaik sahaja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mula menjalani tahanan rumah.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau akan berbincang dengan Loke mengenai perkara berkenaan.

“Apa masalah dengan prestasinya? Kerjanya baik dan prestasinya sebagai Menteri Pengangkutan sangat baik. Sebab itu saya akan berbincang perkara ini dengan beliau,” katanya. - Getaran, 29 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved