PM dibenarkan keluar HKL pagi ini

LocalPolitics
21 Aug 2023 • 10:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.

Anwar dilihat meninggalkan pekarangan HKL pada pukul 9.39 pagi tadi, diiringi anggota dan pegawai keselamatan.

Semalam, Anwar memaklumkan beliau menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di HKL, dan pasukan perubatan menasihatinya untuk berada di hospital sehingga esok pagi. - Bernama