PM hulur sumbangan kepada warga emas hilang penglihatan, sebelah kaki

10 Mar 2025 • 8:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang wanita cekal, Seripah Awang Bakar, yang diuji dengan masalah saraf mata dan kehilangan sebelah kaki akibat komplikasi kesihatan.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah wanita itu di Jalan Masjid Balok, Kuantan, Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan berkata walaupun bantuan itu tidak mampu menghilangkan segala beban Seripah, namun beliau berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan kepadanya.

“Walaupun dunia semakin pudar dan langkah semakin terbatas, semangat beliau tetap teguh menghadapi ujian hidup,” katanya dalam hantaran yang turut dikongsikan Anwar.

Ahmad Farhan turut mendoakan agar Seripah diberikan kesihatan yang lebih baik, dipermudahkan segala urusan, dan terus dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved