PM jawab isu warga Myanmar, keselamatan pelajar di Dewan Rakyat hari ini

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 9:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PM jawab isu warga Myanmar, keselamatan pelajar di Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Isu lambakan warga Myanmar di Malaysia serta keselamatan pelajar di sekolah dijangka menjadi antara tumpuan Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan menerusi portal rasmi Parlimen, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan seterusnya dalam menangani isu keberadaan warga Myanmar termasuk pelarian dan pemohon suaka yang berlarutan sejak sekian lama.

Beliau turut membangkitkan kebimbangan masyarakat terhadap isu berkenaan yang didakwa semakin berlarutan.

Sementara itu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) meminta Perdana Menteri menjelaskan mengapa kes yang mengancam keselamatan pelajar masih berlaku di sekolah meskipun kerajaan sudah menetapkan pelbagai garis panduan dan prosedur keselamatan.

Pada sesi soal jawab pula, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini pelaksanaan 17 syor penambahbaikan bagi memperkukuh kawalan keselamatan, saringan serta pengurusan risiko di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pintu masuk antarabangsa negara.

Turut dijangka menarik perhatian ialah isu jerebu rentas sempadan apabila Datuk Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) meminta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan langkah yang sudah diambil kementerian bagi menangani masalah berkenaan, terutama di Sarawak.

Beliau turut meminta penjelasan mengenai tindakan diplomatik atau undang-undang yang sudah diambil kementerian bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan yang berlarutan.-UTUSAN

 

The post PM jawab isu warga Myanmar, keselamatan pelajar di Dewan Rakyat hari ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved