
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Pertemuan selama hampir sejam itu berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Daripada hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, baginda berkenan menerima sembah maklum mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Selain itu, baginda turut berkenan membincangkan isu-isu semasa bersama Perdana Menteri. – UTUSAN
The post PM mengadap Agong di Istana Bukit Tunku appeared first on Utusan Malaysia.






