PM menghadap Tuanku Muhriz

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 6:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM menghadap Tuanku Muhriz

PETALING JAYA – Beberapa kenderaan antaranya dipercayai membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur pukul 6 petang tadi.

Anwar bersama timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Negeri Sembilan dijangka menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Sesi menghadap Tuanku Muhriz itu berikutan kemelut yang semakin meningkat membabitkan krisis adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan.

Semalam, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali malam ini, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

Beliau berkata menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, tiada keperluan untuk mengemukakan senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu kerana barisan sedia ada masih sah dan akan terus menjalankan tugas seperti biasa.

Kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan masih sah untuk terus menjalankan tugas, tiada keperluan mengemukakan senarai pelantikan yang baharu.

Beliau berkata, perkara itu berdasarkan tafsiran perundangan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, khususnya berkaitan kuasa eksekutif dan kedudukan Exco.

The post PM menghadap Tuanku Muhriz appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved