PM sokong cadangan pelaburan TH diletak bawah SC, BNM

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2026 • 4:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM sokong cadangan pelaburan TH diletak bawah SC, BNM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong cadangan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meletakkan operasi pelaburan agensi itu di bawah pengawasan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atau Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata, langkah yang diambil pengurusan baharu TH diterajui Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Hussain itu adalah wajar bagi memastikan institusi berkenaan dikawal selia dengan lebih ketat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan itu juga mampu mengelakkan berlakunya salah guna kuasa atau elemen negatif lain dalam pengurusan agensi berkenaan pada masa hadapan.

“Ini bagi saya sesuai dan saya dengar taklimat mereka dan menyokong langkah-langkah, termasuk beberapa cadangan pindaan (terhadap) daripada Akta Tabung Haji 1995.

“Hal ini supaya pengurusan itu dikawal lebih ketat oleh sama ada SC atau BNM dan tidak terlepas sebagaimana yang berlaku sebelum ini,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya hari ini.

Semalam, Abdul Rashid memaklumkan, TH kini dalam proses memperhalusi rangka kerja kawal selia baharu bagi meletakkan operasi pelaburannya di bawah pengawasan berkanun SC.

Beliau berkata, keputusan berkenaan dicapai selepas pertimbangan terperinci selama hampir enam bulan oleh sebuah jawatankuasa pasukan petugas bersama.

Pasukan petugas berkenaan turut dianggotai oleh Pengerusi SC dan Gabenor BNM bagi memastikan pengurusan pelaburan TH selaras dengan piawaian kawal selia pasaran modal negara.-Bernama

The post PM sokong cadangan pelaburan TH diletak bawah SC, BNM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved