PM Thailand ikrar sekat senjata api di tempat awam

WorldPolitics
8 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PM Thailand ikrar sekat senjata api di tempat awam

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul berikrar untuk memperkenalkan undang-undang kawalan senjata api lebih ketat susulan kejadian tembakan oleh seorang remaja di pinggir Bangkok yang mengorbankan lapan orang dan mencederakan 22 yang lain.

Remaja berusia 14 tahun itu membunuh datuk dan neneknya di rumah yang mereka diami bersama sebelum pergi ke Sekolah Debsirin di Nonthaburi, tempat dia bersekolah. Di situ, suspek membunuh lima orang guru sebelum menamatkan riwayatnya sendiri.

Selepas kejadian itu, Anutin berkata, beliau merancang memperkenalkan undang-undang yang mengehadkan membawa senjata api di tempat awam.

Di bawah undang-undang baharu itu, hanya pegawai kerajaan yang sedang menjalankan tugas dibenarkan membawa senjata api.

Kolonel Polis Thadsakorn Konthong berkata, pistol dan peluru yang digunakan dalam serangan itu adalah milik datuk remaja berkenaan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat tanda-tanda senjata api tersebut diambil di dalam bilik tidur datuknya.

Media antarabangsa dan tempatan melaporkan senjata api itu didaftarkan secara sah dan mempunyai permit.

Thailand mempunyai antara kadar pemilikan senjata api awam tertinggi di Asia Tenggara, dengan kira-kira 10.3 juta senjata api berada dalam pemilikan orang awam. Daripada jumlah itu, kira-kira empat juta dipercayai dimiliki secara haram.

Thailand mempunyai undang-undang senjata api yang ketat, termasuk hukuman penjara sehingga 10 tahun bagi pemilikan senjata secara haram. Namun, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih menjadi isu.-AGENSI

The post PM Thailand ikrar sekat senjata api di tempat awam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved