PM, TPM puji persembahan Hari Kebangsaan 2026, antara yang terbaik

31 Aug 2026 • 11:24 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PM, TPM puji persembahan Hari Kebangsaan 2026, antara yang terbaik

PUTRAJAYA: “Alhamdulillah, persembahannya bagus, terima kasih banyak. Persembahan yang sangat, sangat hebat,” itu ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pujian itu pastinya dihadiahkan Perdana Menteri kepada seluruh pasukan, kontinjen dan peserta grafik manusia yang memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2025, di Dataran Putrajaya pagi ini.

Anwar berkata, persembahan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini sebagai antara yang terbaik.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sambutan berkenaan dan menyifatkan keseluruhan persembahan dipertontonkan sebagai cukup mengagumkan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ketika ditemui berkata, sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini sangat luar biasa dan lebih baik berbanding penganjuran pada tahun-tahun sebelumnya.

“Tahun ini sangat luar biasa, sambutan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.

“Ini memperlihatkan semangat patriotisme rakyat Malaysia semakin bertambah. Alhamdulillah,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya hari ini membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Lebih 80,000 orang ramai membanjiri Dataran Putrajaya sejak malam tadi bagi menyaksikan persembahan perarakan daripada 77 kontinjen. – UTUSAN

The post PM, TPM puji persembahan Hari Kebangsaan 2026, antara yang terbaik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved