‘Mata bertentang mata, lidah kelu’ kenangan bertemu Azizah – PM

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 9:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Mata bertentang mata, lidah kelu’ kenangan bertemu Azizah – PM

SEBERANG PERAI – “Mata bertentang mata, lidah kelu, tidak terkata.”

Itu antara kenangan yang tidak dapat dilupakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkongsi pengalaman peribadinya saat pertama kali bertemu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau secara spontan berkongsi detik berkenaan ketika ditanya seorang pelajar Tingkatan Enam mengenai kenangan paling menarik atau tidak dapat dilupakan sepanjang zaman persekolahannya.

“Kalau ditanya tentang peristiwa yang tidak mungkin saya lupa, itu kenangan kali pertama menemui Azizah,” katanya ketika menjawab soalan berkenaan ketika Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun di Bukit Mertajam di sini, tadi.

Bagaimanapun, Anwar kemudian kembali menjawab soalan pelajar terbabit dengan menceritakan latar belakang persekolahannya.

“Banyak pengalaman yang dilalui, tetapi antara yang paling terkesan ialah ketika bersama teman-teman di sekolah untuk mengenali kehidupan, memahami erti kepayahan hidup dan perjuangan,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman yang dilalui sejak usia belasan tahun turut memainkan peranan dalam membentuk kematangan diri seseorang.

“Dari usia belasan tahun, kita akan melalui proses kematangan untuk menjadi lebih dewasa,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post ‘Mata bertentang mata, lidah kelu’ kenangan bertemu Azizah – PM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved