PM zahir dukacita tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah

8 Oct 2026 • 9:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM zahir dukacita tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita susulan kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian, Johor, hari ini.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa serta mendoakan mereka diberikan kekuatan menghadapi kehilangan berkenaan.

“Saya menzahirkan simpati yang mendalam kepada seluruh keluarga dan mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.

“Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah lori biji kelapa sawit di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian, kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Ketika kejadian, Nor Danial Aiman Nor Lizan, 18, menghantar dua adiknya, Nor Danial Fikri, 11, dan Puteri Naufa Raisha, 8, ke sekolah dalam keadaan cuaca berjerebu.

Nor Danial Fikri dan Puteri Naufa Raisha yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Sapran meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Nor Danial Aiman meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pontian. – KOSMO! ONLINE

The post PM zahir dukacita tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved