PMU Kangkar Tebrau terbakar, TNB giat pulihkan bekalan

16 Oct 2026 • 7:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PMU Kangkar Tebrau terbakar, TNB giat pulihkan bekalan
TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan teknikal TNB sudah digerakkan ke lokasi dan sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik kepada pengguna yang terjejas. - Foto hiasan

JOHOR BAHRU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kejadian kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau di sini yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya.

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan teknikal TNB sudah digerakkan ke lokasi dan sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik kepada pengguna yang terjejas.

"TNB memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama pengguna sepanjang proses pemulihan bekalan elektrik dilaksanakan," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, pihak bomba Johor ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan maklumat lanjut sedang diperoleh.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved